Monday, November 28, 2011

..berkira-kiralah utk berkira!

Bismillahirrahmanirrahim :)


jam sekarang menujukkan pukul 4.43pm waktu Alex :) = 10.44pm waktu negara tercinta :)))
kakak tengah tunggu bawang garing, nak masak spaghetti bolognese huuuuu~~~


x tau lah apa nak jadi, rasanya bila dikira2 dgn jari, ni macam kali pertama kakak masak utk anak2 usrah kakak! hah! malu memang malu, tapi nak buat cane, org 'gheti' masak kan..anak2 usrah sume power2 masak, nak buat cane, beli ajelah gamaknya!


tengah mendadu carrot, kakak teringat peristiwa malam semalam..dan kakak rasa xberapa best utk kakak share kat sini T_T sebab peristiwa semalam buat hati kakak bercampur2 rasa macam dlm periuk kat bawah ni :P


kakak teringat kata2 sorg housemate kakak,
" kita rasa kita dah buat banyak, sebab tu kita buat "

kakak tersentak! rasa macam kena tumbuk2 dgn kata2 dia! dia yg kakak rasa dan SEMUA org dalam rumah ni rasa PAAAALING banyak 'buat'~~~

..kami pun meneruskan perbualan ..

terus terang kakak katakan, salah satu kata2 yang terpancul dr mulut kakak ialah :
" ana cam susah sikit nak terima kalau org nak cakap lebih kalau dia- buat pun boleh kira berapa kali sgt!..bla3...."

(AMARAN KERAS! jgn tiru aksi ini di rumah atau dimana2 sekalipun kalau anda seorang yang BERIMAN! -kerana iman ada impaknya pada kata2 dan hubungan anda sesama makhluk sekeliling anda)

betullah satu pepatah arab- 'Alwaqtul 'Ilaaj' maksudnya ' masa itu penawar '

Alhamdulillah. Alhamdulillah . Alhamdulillah.

Allah x pernah membiarkan kakak keseorangan dalam kesesatan, dalam kegelapan..Dia dah janji dgn kakak :
" Allah pelindung org yg beriman, Dia mengeluarkan mereka
dari kegelapan kepada cahaya (iman) .."
[al Baqarah : 286]

terima kasih allah atas nikmat iman..nikmat tarbiyyah ini!

malam tu jugak sebelum tidur, berkali2 kakak fikir..
dan natijahnya : kakak WAJIB jadi seorang yang belajar utk BERKIRA-KIRA sebelum BERKIRA!!

ada siapa2 yg x faham? boleh angkat tangan sekarang jugak! :P

ya, mesti BERKIRA-KIRA utk BERKIRA!
ini yang kakak nak cuba sampaikan..
wahai diri, yang mengaku beriman, yang mengaku Allah itu Tuhan yang menciptakanmu!
berusahalah untuk berakhlak mulia, Islam itu bukan mengucap 2 kalimah syahadah, solat, puasa, zakat dan haji! bukan dan bukan! Islam itu DIBINA atas 5 perkara tersebut..bila dibayangkan, sebuah rumah dibina diatas sebidang tanah..jadi, Islam tu yang mana? yang rumah ke yang tanah? dan 5 perkara tadi pulak yang mana?

maka, Islam itu yang mana kalau bukan yang 5 tuh? Islam itu CARA HIDUP ! yang RUTIN HARIAN kita! ..perbualan kita, perhubungan kita sesama makhluk-manusia dan alam sejagat, pengurusan harta kita, perkahwinan dan rumahtangga kita, pilihan pakaian, muzik , style kita dan SEMUA kudrat yang mampu kita kerahkan selagi jasad belum berpisah dengan ruh kita..
Islam itu yang AKHLAK kita!

AKHLAK
AKHLAK
AKHLAK

cukuplah utk berkira2..cukuplah utk terus mencari kesalahan, kesilapan mereka, cukuplah untuk tidak menghormati hak mereka, cukuplah utk tidak BERLAPANG DADA dengan mereka sedang itu adalah taraf ukhuwwah yang paling dasar!!!! apabila Allah menegaskan bahawa KAU, org beriman adalah bersaudara, maka disitu ada hak2 yang perlu KAU sempurnakan, ada darjat2 persaudaraan yang perlu KAU gilap dan lestarikan! apabila Dia telah berfirman, maka tidak sekali dapat ditidakkan bahawa tahap iman dan ukhuwah itu-dua perkara yang saling berhubungan! setinggi mana imanmu, tinggi itulah tahap ukhuwahmu, serendah mana tahap imanmu, serendah itu jualah nilai yang bakal kau letakkan pada ukhuwwahmu sesama saudaramu!

* * * * *

sedarlah! setiap mereka ada kelemahannya, tapi itu bukan bermakna berkuranglah kelebihannya~~~ dan sebenarnya kelemahan kelebihan yang berbeza nilah yang melengkapkan kita satu sama lain kan?????? betapa lah Allah itu Maha Sempurna! macam spaghetti kakak ni, kalau makan spaghetti nye saje, x nikmat la tanpa sos bolognese nya! tapi, kalau makan sos nya saja pun, kecur2lah air liur tahan masam :) x nikmat jugakkk..dan nak buat sos tu, perlukan bahan2 asas seperti dalam myresepi.com , kalau x , x jadilah sos tu kan?

* * * * *


kacang peas kecintaanmu bukan ku..


tomato


carrot dan kacang peas ni ada peranannya!
1. sayur --> fiber!
2. teman 'seri' , tanpa warna hijau dan oren, maka kelamlah dunia sos ni

selepas ditambah tomato paste~

tunggu sampai mendidih..sampai herba dia 'naik' haha..ntah apa tah bahasa yang sesuai..

Alhamdulillah..inilah hasilnya!

Thursday, November 17, 2011

exam lagi



Bismillahirrahmanirrahim :)

Alhamdulillah, selesai satu Practical exam :)))
..nak senyum lebih2 pun x bley, tapi mesti SENYUM! itulah yang Allah TULIS utk kakak! dengan ILMU Nya! ..dan itulah yang Allah TETAPkan utk kakak dengan keMAHUanNya~~~

(tapi..huhu senyuman cam ada kelat2 gargil sikit sebab dah salah Myxedema dgn Cushing's Syndrom punya soklan..yg no 1 tuuu..yg Physio tuu....huuuuu~~~Alaika taakkaltu Ya Ilah!)

A.L.H.A.M.D.U.L.I.L.L.A.H ala kulli haal!

dalam fatrah (period) exam ni,
..ada KERTAS2 SOALAN yang sedang menanti beberapa hari atau minggu atau berapa lama sekalipun~
..ada MASA2 (yg dirasakan )PENDEK utk mengulangkaji segala kulit ke kulit buku yang ada.. (kah..?)
..ada JIWA2 (yg dirasakan) SERABUT sebab SIBUK mengulangkaji kulit2 yg perlu~~~
..ada..ada macam2! EXAM FEVER lah katakan..!


yang PASTINYA, ada sesuatu yang selalu KITA ingatkan pada org, TAPI, bila tiba masa KITA yang dicampakkan kedalam situasi itu................................................KITA rebahhhhhhhhh! jauh sekali hanyut................T_T

(apa2 yang kakak tulis ni adalah daripada kakak, untuk kakak..dan..............)

bilamana kita terUJI dalam fatrah UJIAN~ya, seperti segala 'ada' yg telah kakak senaraikan tadi, apa lagi yang kita 'ada'? cuba FIKIR dalam2..

..ada UJIAN yang LEBIh besar kita hadapi!
-dalam penantian kita thadap hari menjawab soalan2 exam,
-dalam masa2 yang kita rasakan pendek utk ulang kaji..
-dalam aktiviti2 seharian kita yg semakin serabut kita rasakan dek kerana ujian yg bakal menjelma

..KITA ada RASA BERAT, RASA SUSAH, RASA KELAT, RASA TERUJI utk SPEND secubit masa KITA dengan Dia Pemilik SEGALA natijah kemenangan, kejayaan hambaNya seantero alam! SEGALANYA di tangan Dia, atas kekuasaanNya, atas kehendakNya! Dia, tempat rujuknya kita setelah lelah dan kesempitan, tapi hanya untuk sebuah kemenangan individual duniawi yg kecil, kenapa masih teragak2 utk kita ELOCATEkan masa yang KHUSUS utk bermanja denganNya? utk mengingatiNya? utk memujiNya? utk meninggalkan segala urusan dunia dan hanya memacakkan jasad dan segala isi hati nurani utk Dia?

intabih ye! elocatekan masa dengan elocatekan masa yang khusus namapak macam sama, tapi serupa pun x..(apa2 la..tapi, conclusionnya ialah xsama!)


padahal kita sangat yakin, macamana sekali ghaknya kita mengerah otak, meminimumkan masa tidur kita utk study, KEPUTUSANNYA TELAH TERTULIS dalam kitabNya di atas sana! TAQDIR Allah tidak ada yang boleh berubah dan akan berubah..(mungkin sebelum ni ramai antara kita yang dengar, ada takdir yg boleh berubah ada yang x bleh berubah..)

dengan rendah hati, kakak menyeru (ceh ayat dia..=P)
YAKINLAH! tiada satu pun taqdir Allah yg boleh berubah! inilah bukti keagunganNya!
inilah fakta hakiki yang kita sendiri x tahu dan x beriman kalau x pergi daurah Ust Athif kat Tanta haritu..ngeh3..terima kasih Allah kerana memilih kakak!! huuuuu~~~nak bahaskan pasal taqdir ni, bukan kakak lah orangnya utk beritahu sedetail2nya ..nak tahu, tanya Ust Athif ye :))

"Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadahkepadaKu.
Aku tidak menghendaki rezeki sedikit pun dari mereka
dan Aku tidak menghendaki agar mereka memberi makan kepadaKu.
Sungguh Allah, Dialah pemberi rezeki
yang mempunyai kekuatan yang sangat kukuh!"
[surah azZaariyaat : 51-58]

Allah x nak pun mumtaz kakak, Allah x nak pun sijil kedoktoran kakak, Allah nak kakak beribadah kepada Dia!! that's why i'm here! in this worldly word~fuuuuuuuuuhh! inilah sebab kakak diciptakan..UNTUK BERIBADAH kepada Allah! ..dan Allah sambung apa lagi? Allah kata, REZEKI tu DIA YANG BERI!

(ops...! abistu belajar tu bukan ibadah ke? mumtaz kerana Islam tu bukan ibadah ke? jadi muslim yang doctor tu bukan ibadah..?)..nanti, nanti dulu cik oii!
..ok, MEMANG BETUL SANGAT hujah2 anda tu ye cik....TAPI, kalau betul belajar anda Ibadah keranaNya, mumtaz anda untuk ummah, dan sijil kedoktoran anda utk dakwah ni, PASTIkan MESTIkan WAJIBkan anda ada masa KHUSUS dalam perjalanan meniniti impian2 anda tu !


-tidak mengabaikan tahajjud dan qiamullail anda dengan package tilawah siap!
-tidak teragak2 utk mebaca ma'thurat kubra pagi dan petang
-tidak terfikir2 utk tadabur berapa banyak muka surat hari 'itu'
-tidak tertangguh2 utk melakukan kerja2 amal-mencuci pinggan dapur yang kian bertimbun, mengemas bilik, melipat baju ahli bait yg juga nak exam..melaksanakan tugasan rumah seihsannya
-tidak bermasam2 muka dengan ahli bait khususnya, malah cuba menyenyumkan mereka yang masam..
-dll..

..dan BANYAK lagi wahai cik anda! wahai cik Taqi oiiiiii!..MUHASABAH lah! BERUBAHLAH demi tujuan IBADAH dan KHALIFAH kau di adakan dimuka bumi ni!


Monday, November 7, 2011

i love u TOO!!




Bismillahirrahmanirrahim :)


..bila berbicara tentang CINTA tak bisa sekali diasingkan topiknya dengan cerita tentang PENGORBANAN~huh! CINTA dan PENGORBANAN tu umpama kembar siam la bak kata 'dia' =P

bukan kakak orang yang PALING layak utk berbicara tentang PENGORBANAN Nabi Ibrahim a.s..yeah, sinonimnya bila Hari Raya Korban ni, tazkirah tentang PENGORABANAN Nabi Ibrahim a.s dan anaknya Ismail a.s bukan perkara luar biasa, sering sahaja di ulang2, yelah, namanya pun TAZKIRAH bukan?

(monolog dalaman)
..tapi, betullah, selagi BELUM berkorban, siapa engkau nak bercakap tentang PENGORBANAN? bukan kau! bukan!

pengorbanan Baginda bukan pengorbanan biasa, paksinya CINTA! ya, hanya kerana CINTA!
dan inilah cerita CINTA sejati, bukan CINTA biasa!!

SEMUA org tahu (insya Allah) bila bercakap tentang membayangkan perasaan seorang ayah tua yang telah lama menanti kelahiran cahaya hati, dan dalam penantian yang hampir mengecewakan itu, Baginda di arahkan utk berkahwin seorang lagi isteri..Alhamdulillah, Hajar terpilih utk melahirkan cahaya mata yang diharapkan menjadi waris kepada perjuangan suci ini :)))

tapi, siapa Baginda utk membantah perintah Yang Maha Kuasa agar ditinggalkan anak yang masih merah bersama isteri di sebuah tanah kontang (Hijjaz, hari ini) tanpa air, tanpa makanan, gersang, yang mungkin menjadi highway binatang2 buas..bumi kontang yang x pernah diinjak manusia? tidakkah gila?! tapi, gilakah kalau itu wahyu dari yang Esa? Yang jauh mengerti, tanpa kita sendiri mengetahui..Allahu Robbi!

buat kali keDUA setelah terpisah bertahun lamanya, diberi peluang bertemu anak tercinta Ismail, dan tika itu, sekali lagi Yang di atas sana meminta, meminta agar kali ini Baginda benar2 membuktikan cintanya pada Dia,! meletakkan mahar cinta ini pada puncak tertinngi disisNya! iaitu..menyembelih anak sendiri!

[asSaffat : 102-110]
dan betapa taatnya Ismail, tanpa geleng tanpa kelu lidahnya tegas berbicara : "Wahai ayahku, lakukanlah apa yg di perintahkan (Allah) kepadamu..)
hanya kerana tegar dengan sebuah CINTA..CINTA kepada Ilah Tuhan Alam semesta!.. paksi segala CINTA! inilah CINTA hakiki~~~

atas segala rintangan, nah! itu dia yang melayakkan Ibrahim a.s digelar 'KHALILULLAH' (kekasih Allah-pendamping Allah) setiap penjuru jasad, ruh dan akalnya telah diperah sehabisnya bagi membuktikan cinta kepada Pemilik CINTA!

tiap kali diajak berbicara oleh Pemilik Cinta Agung, panggilan 'Wahai KekasihKU (Allah)' membelai jiwa..Allah~~~tiada yang lebih Agung dari balasan CINTA Yang Maha Agung! ALLAHU AKBAR!



SAMPAI KE TAHAP ITU HARUS KITA BUKTIKAN CINTA KITA KEPADA DIA!
..ya! sampai ke tahap itu! sampai CINTA ini DIBALAS oleh DIA!!!

SEDARLAH WAHAI DIRI YANG HINA!
..nikmat yang selama ni kau kecapi, BUKAN SAMA SEKALI bukti Allah BALAS CINTAMU! kerana, tidak dinafikan, Dia, MEMANG Yang Maha Penyayang, Maha Memberi, Maha Memiliki segalanya!! tapi itu bukanlah NOKTAH AKHIR bahawa CINTA MU telah berBALAS! kerana nikmat yang baaaanyak ini bukan utk kau SEORANG sahaja, tetapi ada juga pada infinity manusia seangkatan denganmu, bahkan yang ingkar padaNya pun tersenarai dlm penghuni lautan nikmat ini!

bagaimana hendak dibalas, sedangkan kau belum pernah pun berkorban membuktikan cintamu padaNya?!! belum walau sedikit! kalaupun sudah, mungkin sedikit sangat!! SANGAT (titik noktah) jangan BERANI kata kau telah berkorban sehingga ke puncaknya sehingga kau benar2 yakin, bahawa cintamu telah berbalas! itulah HAKIKAT CINTA!


..sampai Allah kata " I love you TOO! (Aku pun cinta padamu, wahai hambaKu!)


Wednesday, October 26, 2011

nyai


Bismillahirrahmanirrahim :)

pengalaman balik Msia selama sebulan lebih sikit..jaga nyai kakak yg sakit,kalau org tanya, nyai sakit apa? kakak jawab : nyai sakit kencing manis..tp, umur dia pun dah 80 tahun LEBIH dah!

“Allah yang menciptakan kamu bermula dengan keadaan lemah,
selepas berkeadaan lemah itu Ia menjadikan kamu kuat.
Setelah itu Ia menjadikan kamu lemah pula
serta tua beruban…”[ Ar-Rum:54]

..jaga nyai di hospital
..jaga nyai di kampung
SEBENARNYA, kalau nak dikira2, dengan umur yg alhamdulillah telah 21tahun mengikut tarikh Islam ni, waktu yg kakak luangkan untuk menjaga nyai hanyalah mungkin kurang 20% daripada hidup kakak..mungkin x sampai pun 5% T__T..tapi, semoga yang SEDIKIT ni yang Allah hitung~
Allahu Robbi!

benarlah, bila kita optimis pada Allah, kita x akan sekali pun rasa sempit, sukar..!
sebab apa? kita yakin, Allah itu RABB, MALIK, ILAH kita! (surah anNas)
..itu yang banyak kakak belajar sepanjang bersama nyai~seorg wanita tua yang hebat! mungkin dia bukan siapa2 dimuka bumi ini, x siapa pun kenal nyai kakak selain kakak dan keluarga, tapi, kakak yakin, nyai adalah siapa2 dikalangan ahli langit di atas sana! (insya Allah)..kakak yakin nyai, ada kedudukannya di sisi Allah, insya Allah!

sifat SABAR nyai..
bukan senang nak jumpa warga emas seemas nyai kakak nih..dia sekali2 x akan susahkan kita (yg menjaganya) kecuali bila dia benar2 x mampu, betul2 x larat! hatta selagi dia mampu mengesot2 ketandas dan tahan sakit 'sikit' (yang dia kata sikit) dia akan pergi! tanpa bersuarah mahupun mengeluh sepatah pun! apa yang penting bagi dia ialah : dia xsekali2 akan susahkan sesiapa selagi dia mampu!

SABAR nyai..memberikan dia satu kekuatan dalaman yang x semua org perasan..sabar dengan kerenah anak2, yang pernah dikandungnya, dilahirkannya, disusukannya, dijaga, dibelai manja..tapi bila besar?! seolah2 nyai ni bukan siapa2..bukan ibu yg telah membanting tulang membesarkannya..masih berkira2 utk itu ini?! ditinggalkan keseorangan tanpa ada yang meneman..sabar ini, memelihara nyai..Allah pelihara nyai! Allah jaga ingatan nyai, kudrat nyai untuk terus mengingatiNya, meratib asmaa' Nya..
..bila sakit, nyai akan bertahlil, beristighfar..berdoa..(walaupun kakak x faham sgt bahasa jawa dia, tapi boleh agak la, doa yg nyai baca..)
apa yang keluat dari mulut nyai sama je rentak dan susunannya :) tersenyum juga kakak bila dengar nyai baca2 tu...tp meleleh gila2 lah kalau time tu nyai tengah bertarung dengan sakit T__T sedihnya....

SABAR nyai..sabar dalam menjaga amal fardhi nyai..solat lima waktu, kalaupun terpaksa orglain yg amikkan wudhu', solat nyai x pernah ditinggalkan..paaaaaling terkesan sekali, SETIAP HARI pukul 3 nyai akan bangun bertahajjud..dan hari2 nyai dimulakan seawal jam 3 pagi tulah..dengan tahajjud!

dengan nyai..kakak belajar sifat IHSAN..cium nyai, peluk dia..faham perasaan dia, bila terpaksa habiskan sisa2 hidup keseorangan..belajar Ihsan INDIRECTLY daripada sifat2 anak2 nyai..T__T

"Ketahuilah bahawa datuk nenek kamu adalah akar bagi pokok keluarga, ayah dan ibu kamu adalah batangnya dan kamu adalah daun-daun, bunga-bunga dan buah-buahnya. Kalaulah tidak adanya mereka, tidak adalah kamu" -kata2 drpd Prof Badi', Mursyidul Am Ikhwan yg sekarang-

untuk ABAH kakak, terima kasih kerana ajar kakak banyak benda..tanpa ABAH, mungkin kakak x mampu rasa semua yang kakak rasa dengan menjaga nyai..semoga kakak dan adik2 mampu jadi anak yang soleh mcm abah :) malah lebih lagi daripada apa yg pernah abah buat utk nyai~
untuk UMMI, semoga Allah hitung segala keikhlasan ummi dalam menjaga nyai selama ni, mengasihi nyai seperti ibu ummi sendiri~

..semoga Allah kurniakan kakak keSABARan dan sifat IHSAN sebagai bekalan untuk bernafas sebagai hamba paling cinta dan taat kepadaNya!
..semoga Allah teguhkan iman Nyai sampai kehembusan terakhirnya~


Tuesday, October 25, 2011

kerana CINTA!


Bismillahirrahmanirrahim :)

" Ketahuilah bahawa aku bukanlah orang terbaik dikalanganmu, akan tetapi aku hanyalah salah seorang lelaki sepertimu, namun, Allah menjadikan aku sebagai orang yang paling berat bebannya di antara kamu"

..berikut kata2 Umar Abd Aziz, sebaik sahaja Beliau dilantik menjadi khalifah ke6 pada zaman Bani Umaiyyah. Rasa nak menjerit + menangis bila baca ungkapan yg pendek tapi penuh makna nih T__T Betapa tak mampu kita nafikan keunggulan akhlak, pemikiran dan pemerintahan Umar Abd Aziz yang hanya bertempohkan 2 tahun 5 bulan tempoh pemerintahan, namun mampu menggugat jiwa2 manusia sekelilingnya, dibawah pemerintahannya..mampu membersihkan kegelapan noda yang semakin mencengkam para pembesar muslim pada zaman itu, mampu itu dan ini..kata2nya, nasihat2 Beliau, walau ringkas, namun padat!

tatkala menuturkan ungkapan di atas, bukan sahaja akal dan lidahnya sahaja yang berbicara, akan tetapi air matanya turut berbicara, demikian juga hatinya..HATINYA..!

..siapa mahu? kakak x mahu..xmahu kerana kononnya atas alasan yg tidak kukuh perasaan tahu menahu kakak ini, sedangkan kakak tahu ada yang lebih tahu..Dia yang diatas sana, yang telah menulis dengan ilmuNya, menetapkan dengan kemahuanNya!

..pena telahpun terangkat dan dakwat pun telah kering!
apa yang mampu kakak lakukan? perlu akur! sujud kepadaNya, kerana taatkan perintahNya!
walaupun desas desis hati kecil meronta merintih..malu pada mereka yang jauh beribu batu lebih baik! malu..malu..x tahu nak letak muka kat ceruk dunia mana..

..ya, TAAT KEPADANYA!

bila berbicara tentang TAAT..
::kakak nak jadi anak yang taat kepada abah ummi kakak::
x nak jadi anak derhaka! xnak!

tapi, apakah ketaatan kakak tu sampai membawa kepada tahap perhambaan? -seperti taatnya Bani Israel kepada Firaun yang zalim suatu masa dahulu-
ya, memang mereka taat, dan mereka adalah hamba kepada Firaun, tapi apakah mereka rela menjadikan Firaun sebagai sembahan mereka?
TIDAK! ..hanya Firaun yang menuntut mereka utk menyembahnya, tapi mereka menafikannya!
tapi, kenapa Bani Israel TAAT dan dengan kadar terpaksa rela menjadi HAMBA kepada Firaun?
sebab mereka TAKUT pada ancaman Firaun yang zalim!

jadi, ketaatan mereka hanyalah kerana takutkan ancaman Firaun..

untuk TAAT kerana apa, atas dasar apa, pilihan ditangan KITA!
disana ada ketaatan kerana takutkan ancaman
ada pula ketaatan kerana harapkan manfaat
(dan semestinya yang kedua tu baik sikit la dari yang awal tu kan...?)

*** bukan semua keTAATan membawa kepada perHAMBAan, bukan semua perhambaan bukan semua kepada PENYEMBAHAN!

macamana pula ketaatan kita terhadap sembahan kita?
Lailahaillah, Tiada Tuhan yg layak disembah melainkan Allah!
..terhadap Allah?

kerana takutkan ancaman nerakaNya? atau lebih baik sikit daripada tu, kerana harapkan habuan syurgaNya?
x sekali2 kakak nafikan, ya, kita sebagai HAMBA, taat kita , patuh kita sedikit sebanyak terinfluence dengan ancaman mahupun hambuanNya? jangan cuba menafikan fitrah seorg manusia, yang lemah pada daya kemampuannya!
x salah utk taat atas dasar itu semua..tapi sedarlah akan hakikat, kalau sebab2 itulah yg menjadi tempat sandaran ketaatan kita selama ini pada Dia Yang Maha Agung, Yang Menciptakan kita, Memiliki kita, Yang Menguasai kita..taat kita adalah pada tahap yg paling rendah, paling dasar..malunya kita pada Dia!

ketaatan mutlak lahir dari satu perasaan yg bukan mudah untuk dihidupkan, apatah lagi pada Dia yang ghaib, yang tidak pernah sekali memperlihatkan zat2Nya..
satu perasaan yang hanya lahir dari pemilik hati yang benar2 tulus dalam menyerahkan seluruh kehidupannya kepada Dia..
..itulah perasaan CINTA!
ya, TAAT kerana CINTA! tiada sebab lain, hanya keran CINTA kepada Yang Esa!
itulah tahap ketaatan, perhambaan, peyembahan yang paling tinggi darjatnya!..semata2 kerana CINTA!

"..adapun org2 yang beriman sangat besar cintanya kepada Allah!"
[surah alBaqarah : 165]

"..Allah Robbi, berat bagiku urusan ini, aku sedar akan segala pelusuk kelemahan diriku, walaupun begitu, sesungguhnya Engkau jauh lebih mengetahui apa yang terbaik buat diriku!
Ya Allah, kalau bukan kerana taatkanMu, tidak akan aku terima amanah ini, dan biarlah taatku ini sebulatnya atas dasar cintaku yang benar terhadapMu!"


..doakan kakak!

Monday, October 10, 2011

panasnya!


bismillahirrahmanirrahim :)

semalam kakak pergi Cairo, ada urusan yg perlu d selesaikan :) sepanjang Ramadhan pun almost every week kakak turun Cairo..panasnya x tahu nak cakap! PANAS! memang PANAS!
sampai kakak rasa nak nangis sebab paaaannnnnaass SANGAT!

semalam, perasaan yang sama berombak~~~PANASNYA CAIRO!
macamkan meratib pulak bibir kakak ni dgn kalimat "panasnya, panasnya, panasnya.."
kadang2.."memang hebatlah, budak msia yang study kat Cairo, panasnya x tahu nak cakap, zahmah (sesak) pulak..org arab Cairo yg kasar2..hebat2.."

drpd Ramsis (stesyen keretapi) kakak naik Metro (ala2 KTM kat msia)

..berada dalam Metro, yang xde aircond, org ramai, tengahari rambang pulak tu..lalu lorong bawah tanah lagi, Masya Allah x tahu nak cakap, panasnya macam duduk dalam oven! (tapi, x ley nak ckp macam ni, sbb x pernah duduk dalam oven.huhu)

stesyen demi stesyen..menanti dengan menjolok2 buah sabar yang cuba digapai utk kakak nikmati dlm kepanasan tahap yang belum kritikal sampai boleh mati..T.T

"bila kita rasa panas, baca -Allahumma ajirna minannar-Ya Allah jauhkanlah kami drpd api neraka" terngiang2 kata2 seorg ustazah..

tiba2 seorg makcik disebelah kakak bersuara : (kakak translate kan ayat yg x sepower bahasa arab)
"panas yang awak rasa harini baru sedikit kalau nak awak bandingkan dengan panas di padang mahsyar nanti! SANGAT sikit..dimasa awak x dapat bayangkan betapa lamanya awak menunggu giliran nama awak dipanggil untuk dihisab!..ditengah2 lautan manusia sejak nabi Adam sehingga ke generasi terakhir umat Muhammad..
awak x akan diberi minum walau air sebanyak ni (sambil makcik menunjukkan botol airnya yang hanya tinggal seteguk air utk di langsaikan)..awak faham kalam saya?"

Lailahaillah!!!
untuk mengangguk faham pun kakak rasa ketat sekali leher terpaku!
untuk mengucap "ya, saya faham" kelu lidah x terucap!

"..awak faham kalam saya? awak dari mana..??"

..terkesima..
"ye..ye..saya faham! ana min maaliziya.."
.gagap.

Ya Allah! apa sebenarnya yang hendak Kau tunjukkan? betapa Engkau Maha Mendengar, walapu detik hati insan sekerdil aku! yang tidak dikenali ummat dunia, tiada dalam lipatan sejarah mereka, yang hanya pelajar medik biasa, belum pun gred apatahlagi bekerja!
insan kerdil, insan hina yang berdosa, mungkin tiada imanku melainkan hanya sebesar zarah iman Abu Bakar r.a?

nak mengalir air mata rasanya!

"siapa nama awak?"
"TAQIAH"
"Masya Allah, nama yang sedap! semoga Allah menganugerahkan ketaqwaan kepada awak, dikala rahsia mahupun dikhalayak manusia, dikala amal kecil apatahlagi yang besar..awak dari maaliziya? semoga Allah membantu umat Islam d Msia, Mesir, Palestin dan seluruh pelusuk dunia!"

sampai di terminal 'Sayyida Zainab"
"ana sa'anzil..Assalamualaikum!"

..kakak melangkah turun, lemah rasa langkah kali ni, masih ternginag2 lagi kata2 makcik tadi..
yang sebenarnya Allah utuskan untuk kakak!!

seolah2 Allah berkata : INGATLAH TAQIAH! INI BARU PANAS DUNIA! BELUM LAGI DI HARI KAU DIHIMPUNKAN DI MAHSYAR SUATU HARI NANTI..!!

"Dan (sifat2 yang baik itu) tidak akan di anugerahkan kecuali kepada orang2 yang sabar dan tidak di anugerahkan kecuali kepada orang2 yang mempunyai keberuntungan besar"
[surah Fussilat : 35]

T___T

Sunday, August 14, 2011

solat TAWArih!





bismillahirrahmanirrahim :)


pengalaman berterawih di mesir, satu pengalaman yang xkan pernah kakak lupakan insya Allah..saat imam mengalunkan alunan kalamNya, benar2 menyentuh hati..doa qunut witir yang sangat menggetarkan jiwa, sehingga mengalirkan air mata tanpa kakak sedari..


oh tawarihkuuuu!!

satu juzuk perkongsian hidup yang kakak nak sharekan..


sehingga hari ini, alhamdulillah umur kakak hampir mencecah angkah dua.puluh.tambah satu kat belakang :) duapuluhSATU!


satu nikmat yang kakak dapat rasakan, bahawa kakak x pernah tinggal terawih (kecuali atas sebab2 yang syar'ie) COP! bukan nak bangga n menunjuk2...nanti..sabar dulu..


x pernah tinggal, literally..

tapi pernah ngelat..hik3..buat jugak, tapi penuh pe'elat'an (penipuan comel kecik2)

tapi pernah hantak2 kaki bila abah suruh..

tapi pernah solat macam roket, macam ayam patuk2 tanah (ke?) pun ada kot..

tapi pernah ajak adik ngelat sekali (hehe.bama witness)

dan pernah macam2 lagi..tapi dah mengaku depan abah dah lah..:)


BUT, once again, literally, dengan pertolongan dan pantuan Allah, ALHAMDULILLAH kakak x pernah tinggal solat terawih.ALHAMDULILLAH!


mula2 , bila kakak nampak orang tinggal terawih, kakak rasa pelik sangat..kenapa depa x rasa bersalah tinggalkan solat terawih (walaupun pada hakikatnya kakak tahu, terawih itu SUNAT MUAKKAD hukumnya) tapi, kepelikkan kakak seolah2 ianya WAJIB pulak!


bila kakak membesar (membesar umur..hehe), kakak dapat satu jawapan! dan inilah jawapan yang kakak rasa paling sesuai menjawab persoalaan dan kepelikkan kakak satu ketika dulu..


SATU. memang x dinafikan, kekuatan yang Allah beri kepada kakak untuk terus bangun menghambakan diri kepadaNya


DUA. kalaulah, abah kakak tu bukan abah kakak..mungkin kakak x terdidik untuk merasakan solat terawih itu wajib keatas diri kakak..(walaupun sebenarnya ramai je abah2 yang didik anak dia dari kecik untuk ihtimam atas solat terawih ni, tapi saje nak buat ayat gimik!)


..ya, betullah! melenturi buluh biarlah dari rebungnya~kan2?

(dengan kuasa dan izin Allah sudah tentuuu)


terima kasih pada abah dan ummi kakak, semoga, setiap pahala solat terawih kakak sejak mula kakak dipertanggungjawabkan terhadap amal kakak dan adik2 , masuk ke dalam akaun pahala abah ummi..


..semoga Allah terima amal terawih kakak! dan semoga kita semua diberikan kekuatan untuk tidak berat melakukan amal2 sunnat demi menambah cintaNya terhadap kita!