bismillahirrahmanirrahim :)
insya Allah, kakak cuba hadirkan sepenuh hati mengharap redha Ilahi untuk share kan apa yang kakak baca semalam tentang nabi Allah, Yunus a.s dan si ikan nun..
basically, sume da tau da kan cerita nih, tapi apa yang menarik minat kakak disini ialah disebalik cerita tuh ada hikmah yang sebenarnya kita tahu, tapi kita x sedar dan x sedia utk me-relatekan hikmah disebalik cerita tu dgn diri kita dan dunia sekeliling kita hari ini..
Nabi Yunus, diuutuskan Allah ke suatu kaum di Ninawana. Baginda berhempas pulas menyeru kaumnya menyembah Allah..sampai satu tahap Baginda x ley nak sabar lagi, Baginda pun pergi meninggalkan kamunya, menunding jari kepada kaumnya yg degil, menyalahkan mereka sebab x terima seruannya..
Kesilapan Nabi Yunus yg tburu2 ni x dibiarkan Allah begitu sahaja, Allah tegur Baginda directly!
mcm yg kita tahu, didalam kapal kat tengah2 laut yg sedang bergelora , bila 3 kali berturut2 dibuat undian, nama Nabi Yunus yg terpilih utk dicampakkan ke laut luas..
dengan redha dan pasrah hati, Baginda pun terjun ke laut!
dan..Baginda telah ditelan ikan nun..kalau nk tau, kandungan asid didala, perut ikan nun 12 kali ganda lebih kuat dari dalam perut manusia..tapi, sebelum tubuh Baginda hancur dimamah asid, dan sebelum Baginda mati tertelan asid, sekali lagi Allah telah membuktikan cintaNya kepada hambaNya itu..
Nabi Allah, dengan kesal dan rendah dirinya ..sendiri sedar akan kesilapan dan khilaf yg dilakukannya..lantas Baginda berdoa..
" Tiada Tuhan melainkan Engkau ( Ya Allah), Maha Suci Engkau, sesunggunya aku ini termasuk org2 yg zalim ( zalim terhadap diri sendiri kerana berputus asa) "
[Surah Al-Anbiya' : 87]
Jawapan Allah..
Allah serta merta mengarahkan si ikan nun utk memuntahkan NabiNya!
" Maka kalau sekiranya dia x termasuk org2 yg byk mengingat Allah, nescaya dia akan tetap tinggal dalam perut ikan itu sampai hari berbangkit" [Surah As-Saffat : 143-144]
Nabi Yunus kembali kepada kaumnya meneruskan dakwahnya.
tanpa kita sedari, kita pun punya ikan nun tersendiri ..kita pun sebenarnya terperangkap dalam perut ikan nun duniawi yg ada asid2 jahiliyyah yg melalaikan kita, merosakkan kita, memandu kita jauh dari hala tuju sebenar hidup kita..(huwa!!! terasanya dgn ayat ini..)
lihat sahaja lah diri kita, berapa byk masa kita spent utk FB, berapa pula byk masa yg kita spent utk mbaca buku2 yg menambah ilmu dan amal..??
Ya Allah!!! tersentak2 hati ni bila muhasabah kembali...
kita sering tunding jari kita, kepada itu dan ini..itu yg salah , ini yg salah..tp x pernah nk sedar, bila satu jari menunding ke arah yg bertentang, empat lg menujukan kearah diri kita sendiri..
sepatutnya kita, kita sendiri yg harus sedar..kesilapan diri kita..barulah Allah nk beri jawapan, nak tolong kita keluar dr perut ikan nun yg berasid ini!!
"Sesungguhnya Allah x akan mengubah nasib sst kaum itu melainkan kaum itu berusaha terlebih dahulu mengubah apa yg ada dalam dirinya"
[ Surah Ar-Ra'd :11]
renungkanlah..


0 comments:
Post a Comment