Wednesday, December 22, 2010

mummy!!



bismillahirrahmanirrahim :)

ada satu malam..malam sessi ber'curhat' dgn mummy ..huhu, mama pun ada sekali..nunu?? hoho, nunu dah tido, dia tido awal!

byk yg kakak belajar..mummy ckp : Allah ni akan terus bagi kita ujian, ujian, ujian, Dia nak tgk kita berjaya atau x , bila kita fail Dia bagi lagi ujian yg sama, mungkin bentuk berbeza, tp konsepnya sama..sebab apa..?? sebab Dia tahu kelemahan kita, Dia nak ajar kita jd kuat tang kelemahan kita tu..

wahaaaaa!!!
mummy ckp lagi..sekarang ni x de apa yg mampu mummy ckp, kecuali, kakak mesti face the trials! dan, memang, bila bcakap tntg perasaan, bukan macam petik suis lampu, nak buka, tekan, nak tutup tekan..it takes time! kena sabar..sabar..sabar..

wahaaaaa!! thanks mummy.....!!!
beberapa hari lepas tu, lepas tazkirah malam, mummy told us something..yang..sedih.........!!!! mummy gonna leave us 'physically..'

there's only 1 thing i can say,
i'm gonna miss u mummy!!
semoga Allah mudahkan perjalanan mummy dan , yakinlah, yg terbaik adlh utk yg terbaik jua!

Wednesday, December 15, 2010

kena mula!


bismillahirrahmanirrahim:)

semalam kakak stay dkt library lepas abes lecture..
org2 dlm lecture silih ganti bertukar, bila thn 4 rehat depa masuk ramai2..bila depa ade kelas, kosong pulak library tuh..bila thn 5 abes kelas, penuh lg sekali..macam tuh la seterusnya..hehe

lepas asar,balik2 library ada sorg kakak thn 5 duduk sebaris tmpt kakak duduk..

kakak : salam kak..
k.A: wa'alaikumsalam :) taqi sihat??
kakak: alhamdulillah sihat..

(kakak nampak k.A tgh baca buku..buku bahasa ARAB!! )
kakak : [monolog dalaman] ya Allah, jelousnya dgn kakak ni..
kakak : kak, sehari akak baca buku arab, brp page?? ke ada specific time utk baca??
k.A: xdelah, akak ada masa akak bacalah..tp sehari kena baca sikit!
kakak :ulp! [monolog dalaman]bagusnya kakak ni!kalau dia yg dah thn 5 yg lagi sibuk dr kakak pun ada masa yg d spent utk baca buku arab, apatah lagi aku yg kelas x pack macam dia..

kakak:ana nak mula jugaklah..nak macam akak..
k.A : kena mula taqi, kalau x mula sekarang,sampai bila kita x mula..rugi je 6 tahun kita kat sini..
kakak :insya Allah..

kakak sgt terkesan dgn '' kalau kita x mula sekarang, sampai bila kita x kan mula..''
kakakada azam, nak habis 2 buku arab utk sem ni..doakan kakak! i really need a boost to start!! huhu~

Monday, December 13, 2010

keretapi


bismillahirrahmanirrahim :)

entry kali ni adalah sambungan kepada entry lepas..
hmm..mencari kekuatan dr Pemilk kekutan?? mencari Pemilk kekuatan?? mencari cinta Pemilk kekuatan kerana pada cinta ada kekuatan, kan??

mencari cinta Allah..bukan mudah, bukan senang..kerana syurga yg dijanjikan Allah itu mahal..dan bukan sebarangan org dapat masuk dlm syurgaNya tu..

keretapi cinta Allah akan terus berjalan..berjalan dan terus berjalan..maka, siapa yg x tahan, x larat dgn panas dan bisingnya bunyi keretapi tu akan turun..akan tercicir..perjalanan akan diteruskan sampailah ke destinasinya iaitu daerah cinta Allah..dalam perjalanan kita, awal2 lagi Pemerintah daerah tu dah mention, perjalan x pendek..panjang..macam2 halangan, ribut taufan, sejuk dan panas, penat lelah perlu kita sebagai penumpang lalui..

kadang2 kita menangis, kadang2 kita rasa lemah dan putus asa..
dan memang Allah dah ckp, d akhir destinasi nanti, hanya SEDIKIT yg berjaya sampai, hanya SEDIKIT yang berjaya dapatkan award syurga yg Dia janjikan..so, mana bilangan yg BANYAK dalam keretapi yg panjang tu?? x nak ke kita jd golongan yg SEDIKIT yang Allah mention tuh??

awal2 lagi Allah ada mention, sape yang lemah, sapa yang x kuat, sapa yang x mahu teruskan perjalanan, akan Allah gantikan tempat duduk kosongnya dgn golongan yg LEBIH menyintaiNya dan dicintaiNya..makanya, kalau nak buat perbandingan, bila kita memilih utk turun dr keretapi cinta tu, kita adalah org yg x berapa nak lebih ( betul ke ayat ni) menyintai Allah dan apatahlagi dicintaiNya..xnaaakk!!!! sanggupkah kita beri peluang kpd org lain, dan kita tercicir?? ( ini lain case nya dgn kita mengajak org lain bersama2 naik keretapi cinta ni..)


"Hai orang-orang yang beriman, barangsiapa di antara kamu yang murtad dari agamanya, Maka kelak Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Allah mencintai mereka dan merekapun mencintaiNya" ( surah al-Maidah : 54)

MEMANG..memnag dalam mencari cinta Allah, kita sakit, kita penat, kita menangis, merayu agar Allah beri kekutan kita utk mencintaiNya, untuk menggantikan ruang cinta selainNya di hati kita ni dgn cintaNya, memang sakit!

tp kita yakinkan? dalam satu hadith qudsi..
Daripada Anas r.a daripada Nabi s.a.w :
“jika seorang hamba menghampiriku sejengkal, maka aku menghampirinya sehasta, jika ianya hampir kepadaku sehasta maka aku menghampirinya sedepa dan jika ia datang kepadaku dengan berjalan maka aku datang kepadanya dengan berlari”.
( riwayat Bukhari)

mungkin bukan sekarang kita sampai ke destinasi cinta tu, tapi kita yakin selagi kita pegang janji Allah utk tetap berada di dalam keretapi ni, dan tinggalkan segala cinta lain kita akan sampai..AKAN SAMPAI!

"Dan apabila hamba-hambaKu bertanyakan engkau (Wahai Muhammmad) tentangKu, (maka jawablah) sesungguhnya Aku ini hampir, Aku menjawab seruan sesiapa yang berdoa kepadaKu apabila dia berdoa. Maka hendaklah dia menyahut seruan (menunaikan perintahKu) dan beriman kepadaKu mudah-mudah mereka selalu berada di atas petunjuk"
(surah alBaqarah : 186)

kekuatan


bismillairrahmanirrahim :)

terasa sgt lama x share pape kat laman ni..walaupun x de sape yg bace..hehe, tp kakak yakin sampai satu masa, akan ramai yg baca..bila eh?? bila kakak dah pergi..dan semoga blog ni jd jariah yg bterusan utk kakak, insya Allah..pohon keikhlasan dan ketelusan hati bg yg menulis mahupun yg mbacanya drpd Yang mengaturkan segalanya..

2-3 minggu ni, terasa hati sangat sakit..sakit hati, hati sakit..ada yg kata sama, ada yg kata x sama..tp hakikatnya, bila raja kepada sebuah negeri 'sakit' , lemah, x bermaya, maka sakit, lemah, x bermaya jualah rakyat2 negeri seisinya..

Rasulullah s.a.w :

“…Ingatlah bahawa di dalam jasad itu ada segumpal darah,

jika ia baik maka baiklah seluruh jasad dan jika ia rosak, maka rosaklah seluruh jasad. Ketahuilah bahawa yang demikian itu adalah hati”


dan Allah telah berfirman :
Allah tidak sekali-kali menjadikan seseorang mempunyai dua hati dalam rongga dadanya ..
( surah al-Ahzab : 4)

sebab itu, kalau hati yang satu tu diisi dgn yg selainNya, maka kat hati atau ruang mana lagi nak letak Allah??
bila Allah, Pemilik segala kekuatan tiada dalam hati, mana lagi sumber kekuatan mampu kita cari??
ayah ibu?? boyfriend girlfriend?? buku2 motivasi?? cukupkah??
percayalah, x kan cukup..kita akan MATI..MATI..MATI..lemah, x bermaya..kacau..runsing..
ada yg mencari kekutan dan ketenangan itu dgn cara menghiburkan diri, ah, beranganlah nak jumpa ketenangan dan kekuatan! sebab kekutan hanya ada pada Pemilik kekuatan, ketengan hanya ada di tangan Pemiliknya..jadi sipa yg perlu kita cari dahulu?? sudah tentu Pemilik segalanya!!

kesimpulannya, langkah pertama ialah, mencari kekutan dr Pemilik kekuatan!!