Sunday, August 14, 2011

amnan ikhlas!

bismillahirrahmanirrahim :)


teringat kat amnan..


amnan kalau nak minta barang2 yang dia rasa dia tokleh mintak kat ummi, dia akan mintak ngan abah, SURE abah bagi!


tapi, kalau abah minta cium, mesti dia xnak..

kalau abah mintak peluk, dia lari..

ummi x pe pulak!

ummi x mintak pun, dia yang pegi cium peluk ummi~

berikut adalah dialog antara abah dan amnan ketika dimana2 lokas(dialog yang seringkali berulang tayang)



amnan : abah..amnan nak aiskrim pisang (atau pape)....(akan cuba cakap dengan perlahan2 atau sembunyi2 dari ummi, sebab takut ummi marah)

abah : mana? amnan nak yang mana?
amnan : nak tu..

abah : amnan sayang abah x?

amnan : sayang!

abah : amnan ikhlas x?

amnan : IKHLAS!

abah : amnan ikhlas apa?

amnan : ikhlas aiskrim pisang (atau apa2 yg dia mintak tu lah!) ikhlas robot ke, ikhlas coklat ke..


amnan2..:) x tahu lah sape ajar dia ikhlas yang macamtuh!


sampai abah kata : amnan ni nak kena tahu definisi sebenar ikhlas, amnan tahu x ikhlas tuh umpama semut hitam, ditengah gelap malam, berjalan d atas batu hitam pekat..bla2 (abah berjenaka )


budak ikhlas tengah solat :)
* * * * *



IKHLAS?


sebelum ni kakak pernah soksek pasal ikhlas kat sini :)


percaya x, bulan ramadhan ni adalah satu tempoh yang sangat ideal untuk memupuk keikhlasan dalam hati. merawat hati yang penuh karat riya', ujub, takabbur dan sum'ah~

IKHLAS..memang susah! sedangkan sahabat Rasulullah Sahl Bin Sa'ad pun merasakan IKHLAS itu susah, inikan pula KITA yang hidup jauh dari Rasulullah s.a.w...jauh dari para sahabat yang tiada lagi generasi yang lebih baik selepasnya dari generasi mereka..

Sahl B Sa'ad pernah ditanya : "apakah yang paling sulit bagi jiwa?"
Dia menjawab : "IKHLAS" "mengapa sulit?!"
"kerana, ketika ikhlas, jiwa tidak memiliki bahagian sedikit pun!"

Ulama' pernah berkata : berapa banyak aku berusaha menghilangkan riya' dari diriku, maka aku sering merasa penat, sampai aku mampu menghilangkan riya' dari diriku. Usaha itu sangatlah susah dan memerlukan usaha yang kuat..
..setiap kali aku mampu menghilangkannya dari satu sisi, syaitan akan datang dari arah lain"

..to be continue!

0 comments: