Bismillahirrahmanirrahim :)
" Ketahuilah bahawa aku bukanlah orang terbaik dikalanganmu, akan tetapi aku hanyalah salah seorang lelaki sepertimu, namun, Allah menjadikan aku sebagai orang yang paling berat bebannya di antara kamu"
..berikut kata2 Umar Abd Aziz, sebaik sahaja Beliau dilantik menjadi khalifah ke6 pada zaman Bani Umaiyyah. Rasa nak menjerit + menangis bila baca ungkapan yg pendek tapi penuh makna nih T__T Betapa tak mampu kita nafikan keunggulan akhlak, pemikiran dan pemerintahan Umar Abd Aziz yang hanya bertempohkan 2 tahun 5 bulan tempoh pemerintahan, namun mampu menggugat jiwa2 manusia sekelilingnya, dibawah pemerintahannya..mampu membersihkan kegelapan noda yang semakin mencengkam para pembesar muslim pada zaman itu, mampu itu dan ini..kata2nya, nasihat2 Beliau, walau ringkas, namun padat!
tatkala menuturkan ungkapan di atas, bukan sahaja akal dan lidahnya sahaja yang berbicara, akan tetapi air matanya turut berbicara, demikian juga hatinya..HATINYA..!
..siapa mahu? kakak x mahu..xmahu kerana kononnya atas alasan yg tidak kukuh perasaan tahu menahu kakak ini, sedangkan kakak tahu ada yang lebih tahu..Dia yang diatas sana, yang telah menulis dengan ilmuNya, menetapkan dengan kemahuanNya!
..pena telahpun terangkat dan dakwat pun telah kering!
apa yang mampu kakak lakukan? perlu akur! sujud kepadaNya, kerana taatkan perintahNya!
walaupun desas desis hati kecil meronta merintih..malu pada mereka yang jauh beribu batu lebih baik! malu..malu..x tahu nak letak muka kat ceruk dunia mana..
..ya, TAAT KEPADANYA!
bila berbicara tentang TAAT..
::kakak nak jadi anak yang taat kepada abah ummi kakak::
x nak jadi anak derhaka! xnak!
tapi, apakah ketaatan kakak tu sampai membawa kepada tahap perhambaan? -seperti taatnya Bani Israel kepada Firaun yang zalim suatu masa dahulu-
ya, memang mereka taat, dan mereka adalah hamba kepada Firaun, tapi apakah mereka rela menjadikan Firaun sebagai sembahan mereka?
TIDAK! ..hanya Firaun yang menuntut mereka utk menyembahnya, tapi mereka menafikannya!
tapi, kenapa Bani Israel TAAT dan dengan kadar terpaksa rela menjadi HAMBA kepada Firaun?
sebab mereka TAKUT pada ancaman Firaun yang zalim!
jadi, ketaatan mereka hanyalah kerana takutkan ancaman Firaun..
untuk TAAT kerana apa, atas dasar apa, pilihan ditangan KITA!
disana ada ketaatan kerana takutkan ancaman
ada pula ketaatan kerana harapkan manfaat
(dan semestinya yang kedua tu baik sikit la dari yang awal tu kan...?)
*** bukan semua keTAATan membawa kepada perHAMBAan, bukan semua perhambaan bukan semua kepada PENYEMBAHAN!
macamana pula ketaatan kita terhadap sembahan kita?
Lailahaillah, Tiada Tuhan yg layak disembah melainkan Allah!
..terhadap Allah?
kerana takutkan ancaman nerakaNya? atau lebih baik sikit daripada tu, kerana harapkan habuan syurgaNya?
x sekali2 kakak nafikan, ya, kita sebagai HAMBA, taat kita , patuh kita sedikit sebanyak terinfluence dengan ancaman mahupun hambuanNya? jangan cuba menafikan fitrah seorg manusia, yang lemah pada daya kemampuannya!
x salah utk taat atas dasar itu semua..tapi sedarlah akan hakikat, kalau sebab2 itulah yg menjadi tempat sandaran ketaatan kita selama ini pada Dia Yang Maha Agung, Yang Menciptakan kita, Memiliki kita, Yang Menguasai kita..taat kita adalah pada tahap yg paling rendah, paling dasar..malunya kita pada Dia!
ketaatan mutlak lahir dari satu perasaan yg bukan mudah untuk dihidupkan, apatah lagi pada Dia yang ghaib, yang tidak pernah sekali memperlihatkan zat2Nya..
satu perasaan yang hanya lahir dari pemilik hati yang benar2 tulus dalam menyerahkan seluruh kehidupannya kepada Dia..
..itulah perasaan CINTA!
ya, TAAT kerana CINTA! tiada sebab lain, hanya keran CINTA kepada Yang Esa!
itulah tahap ketaatan, perhambaan, peyembahan yang paling tinggi darjatnya!..semata2 kerana CINTA!
"..adapun org2 yang beriman sangat besar cintanya kepada Allah!"
[surah alBaqarah : 165]
"..Allah Robbi, berat bagiku urusan ini, aku sedar akan segala pelusuk kelemahan diriku, walaupun begitu, sesungguhnya Engkau jauh lebih mengetahui apa yang terbaik buat diriku!
Ya Allah, kalau bukan kerana taatkanMu, tidak akan aku terima amanah ini, dan biarlah taatku ini sebulatnya atas dasar cintaku yang benar terhadapMu!"

..doakan kakak!




0 comments:
Post a Comment