
Bismillahirrahmanirrahim :)
..bila berbicara tentang CINTA tak bisa sekali diasingkan topiknya dengan cerita tentang PENGORBANAN~huh! CINTA dan PENGORBANAN tu umpama kembar siam la bak kata 'dia' =P
bukan kakak orang yang PALING layak utk berbicara tentang PENGORBANAN Nabi Ibrahim a.s..yeah, sinonimnya bila Hari Raya Korban ni, tazkirah tentang PENGORABANAN Nabi Ibrahim a.s dan anaknya Ismail a.s bukan perkara luar biasa, sering sahaja di ulang2, yelah, namanya pun TAZKIRAH bukan?
(monolog dalaman)
..tapi, betullah, selagi BELUM berkorban, siapa engkau nak bercakap tentang PENGORBANAN? bukan kau! bukan!
pengorbanan Baginda bukan pengorbanan biasa, paksinya CINTA! ya, hanya kerana CINTA!
dan inilah cerita CINTA sejati, bukan CINTA biasa!!
SEMUA org tahu (insya Allah) bila bercakap tentang membayangkan perasaan seorang ayah tua yang telah lama menanti kelahiran cahaya hati, dan dalam penantian yang hampir mengecewakan itu, Baginda di arahkan utk berkahwin seorang lagi isteri..Alhamdulillah, Hajar terpilih utk melahirkan cahaya mata yang diharapkan menjadi waris kepada perjuangan suci ini :)))
tapi, siapa Baginda utk membantah perintah Yang Maha Kuasa agar ditinggalkan anak yang masih merah bersama isteri di sebuah tanah kontang (Hijjaz, hari ini) tanpa air, tanpa makanan, gersang, yang mungkin menjadi highway binatang2 buas..bumi kontang yang x pernah diinjak manusia? tidakkah gila?! tapi, gilakah kalau itu wahyu dari yang Esa? Yang jauh mengerti, tanpa kita sendiri mengetahui..Allahu Robbi!
buat kali keDUA setelah terpisah bertahun lamanya, diberi peluang bertemu anak tercinta Ismail, dan tika itu, sekali lagi Yang di atas sana meminta, meminta agar kali ini Baginda benar2 membuktikan cintanya pada Dia,! meletakkan mahar cinta ini pada puncak tertinngi disisNya! iaitu..menyembelih anak sendiri!
[asSaffat : 102-110]
dan betapa taatnya Ismail, tanpa geleng tanpa kelu lidahnya tegas berbicara : "Wahai ayahku, lakukanlah apa yg di perintahkan (Allah) kepadamu..)
hanya kerana tegar dengan sebuah CINTA..CINTA kepada Ilah Tuhan Alam semesta!.. paksi segala CINTA! inilah CINTA hakiki~~~
atas segala rintangan, nah! itu dia yang melayakkan Ibrahim a.s digelar 'KHALILULLAH' (kekasih Allah-pendamping Allah) setiap penjuru jasad, ruh dan akalnya telah diperah sehabisnya bagi membuktikan cinta kepada Pemilik CINTA!
tiap kali diajak berbicara oleh Pemilik Cinta Agung, panggilan 'Wahai KekasihKU (Allah)' membelai jiwa..Allah~~~tiada yang lebih Agung dari balasan CINTA Yang Maha Agung! ALLAHU AKBAR!

SAMPAI KE TAHAP ITU HARUS KITA BUKTIKAN CINTA KITA KEPADA DIA!
..ya! sampai ke tahap itu! sampai CINTA ini DIBALAS oleh DIA!!!
SEDARLAH WAHAI DIRI YANG HINA!
..nikmat yang selama ni kau kecapi, BUKAN SAMA SEKALI bukti Allah BALAS CINTAMU! kerana, tidak dinafikan, Dia, MEMANG Yang Maha Penyayang, Maha Memberi, Maha Memiliki segalanya!! tapi itu bukanlah NOKTAH AKHIR bahawa CINTA MU telah berBALAS! kerana nikmat yang baaaanyak ini bukan utk kau SEORANG sahaja, tetapi ada juga pada infinity manusia seangkatan denganmu, bahkan yang ingkar padaNya pun tersenarai dlm penghuni lautan nikmat ini!
bagaimana hendak dibalas, sedangkan kau belum pernah pun berkorban membuktikan cintamu padaNya?!! belum walau sedikit! kalaupun sudah, mungkin sedikit sangat!! SANGAT (titik noktah) jangan BERANI kata kau telah berkorban sehingga ke puncaknya sehingga kau benar2 yakin, bahawa cintamu telah berbalas! itulah HAKIKAT CINTA!

..sampai Allah kata " I love you TOO! (Aku pun cinta padamu, wahai hambaKu!)



0 comments:
Post a Comment