Monday, November 28, 2011

..berkira-kiralah utk berkira!

Bismillahirrahmanirrahim :)


jam sekarang menujukkan pukul 4.43pm waktu Alex :) = 10.44pm waktu negara tercinta :)))
kakak tengah tunggu bawang garing, nak masak spaghetti bolognese huuuuu~~~


x tau lah apa nak jadi, rasanya bila dikira2 dgn jari, ni macam kali pertama kakak masak utk anak2 usrah kakak! hah! malu memang malu, tapi nak buat cane, org 'gheti' masak kan..anak2 usrah sume power2 masak, nak buat cane, beli ajelah gamaknya!


tengah mendadu carrot, kakak teringat peristiwa malam semalam..dan kakak rasa xberapa best utk kakak share kat sini T_T sebab peristiwa semalam buat hati kakak bercampur2 rasa macam dlm periuk kat bawah ni :P


kakak teringat kata2 sorg housemate kakak,
" kita rasa kita dah buat banyak, sebab tu kita buat "

kakak tersentak! rasa macam kena tumbuk2 dgn kata2 dia! dia yg kakak rasa dan SEMUA org dalam rumah ni rasa PAAAALING banyak 'buat'~~~

..kami pun meneruskan perbualan ..

terus terang kakak katakan, salah satu kata2 yang terpancul dr mulut kakak ialah :
" ana cam susah sikit nak terima kalau org nak cakap lebih kalau dia- buat pun boleh kira berapa kali sgt!..bla3...."

(AMARAN KERAS! jgn tiru aksi ini di rumah atau dimana2 sekalipun kalau anda seorang yang BERIMAN! -kerana iman ada impaknya pada kata2 dan hubungan anda sesama makhluk sekeliling anda)

betullah satu pepatah arab- 'Alwaqtul 'Ilaaj' maksudnya ' masa itu penawar '

Alhamdulillah. Alhamdulillah . Alhamdulillah.

Allah x pernah membiarkan kakak keseorangan dalam kesesatan, dalam kegelapan..Dia dah janji dgn kakak :
" Allah pelindung org yg beriman, Dia mengeluarkan mereka
dari kegelapan kepada cahaya (iman) .."
[al Baqarah : 286]

terima kasih allah atas nikmat iman..nikmat tarbiyyah ini!

malam tu jugak sebelum tidur, berkali2 kakak fikir..
dan natijahnya : kakak WAJIB jadi seorang yang belajar utk BERKIRA-KIRA sebelum BERKIRA!!

ada siapa2 yg x faham? boleh angkat tangan sekarang jugak! :P

ya, mesti BERKIRA-KIRA utk BERKIRA!
ini yang kakak nak cuba sampaikan..
wahai diri, yang mengaku beriman, yang mengaku Allah itu Tuhan yang menciptakanmu!
berusahalah untuk berakhlak mulia, Islam itu bukan mengucap 2 kalimah syahadah, solat, puasa, zakat dan haji! bukan dan bukan! Islam itu DIBINA atas 5 perkara tersebut..bila dibayangkan, sebuah rumah dibina diatas sebidang tanah..jadi, Islam tu yang mana? yang rumah ke yang tanah? dan 5 perkara tadi pulak yang mana?

maka, Islam itu yang mana kalau bukan yang 5 tuh? Islam itu CARA HIDUP ! yang RUTIN HARIAN kita! ..perbualan kita, perhubungan kita sesama makhluk-manusia dan alam sejagat, pengurusan harta kita, perkahwinan dan rumahtangga kita, pilihan pakaian, muzik , style kita dan SEMUA kudrat yang mampu kita kerahkan selagi jasad belum berpisah dengan ruh kita..
Islam itu yang AKHLAK kita!

AKHLAK
AKHLAK
AKHLAK

cukuplah utk berkira2..cukuplah utk terus mencari kesalahan, kesilapan mereka, cukuplah untuk tidak menghormati hak mereka, cukuplah utk tidak BERLAPANG DADA dengan mereka sedang itu adalah taraf ukhuwwah yang paling dasar!!!! apabila Allah menegaskan bahawa KAU, org beriman adalah bersaudara, maka disitu ada hak2 yang perlu KAU sempurnakan, ada darjat2 persaudaraan yang perlu KAU gilap dan lestarikan! apabila Dia telah berfirman, maka tidak sekali dapat ditidakkan bahawa tahap iman dan ukhuwah itu-dua perkara yang saling berhubungan! setinggi mana imanmu, tinggi itulah tahap ukhuwahmu, serendah mana tahap imanmu, serendah itu jualah nilai yang bakal kau letakkan pada ukhuwwahmu sesama saudaramu!

* * * * *

sedarlah! setiap mereka ada kelemahannya, tapi itu bukan bermakna berkuranglah kelebihannya~~~ dan sebenarnya kelemahan kelebihan yang berbeza nilah yang melengkapkan kita satu sama lain kan?????? betapa lah Allah itu Maha Sempurna! macam spaghetti kakak ni, kalau makan spaghetti nye saje, x nikmat la tanpa sos bolognese nya! tapi, kalau makan sos nya saja pun, kecur2lah air liur tahan masam :) x nikmat jugakkk..dan nak buat sos tu, perlukan bahan2 asas seperti dalam myresepi.com , kalau x , x jadilah sos tu kan?

* * * * *


kacang peas kecintaanmu bukan ku..


tomato


carrot dan kacang peas ni ada peranannya!
1. sayur --> fiber!
2. teman 'seri' , tanpa warna hijau dan oren, maka kelamlah dunia sos ni

selepas ditambah tomato paste~

tunggu sampai mendidih..sampai herba dia 'naik' haha..ntah apa tah bahasa yang sesuai..

Alhamdulillah..inilah hasilnya!

Thursday, November 17, 2011

exam lagi



Bismillahirrahmanirrahim :)

Alhamdulillah, selesai satu Practical exam :)))
..nak senyum lebih2 pun x bley, tapi mesti SENYUM! itulah yang Allah TULIS utk kakak! dengan ILMU Nya! ..dan itulah yang Allah TETAPkan utk kakak dengan keMAHUanNya~~~

(tapi..huhu senyuman cam ada kelat2 gargil sikit sebab dah salah Myxedema dgn Cushing's Syndrom punya soklan..yg no 1 tuuu..yg Physio tuu....huuuuu~~~Alaika taakkaltu Ya Ilah!)

A.L.H.A.M.D.U.L.I.L.L.A.H ala kulli haal!

dalam fatrah (period) exam ni,
..ada KERTAS2 SOALAN yang sedang menanti beberapa hari atau minggu atau berapa lama sekalipun~
..ada MASA2 (yg dirasakan )PENDEK utk mengulangkaji segala kulit ke kulit buku yang ada.. (kah..?)
..ada JIWA2 (yg dirasakan) SERABUT sebab SIBUK mengulangkaji kulit2 yg perlu~~~
..ada..ada macam2! EXAM FEVER lah katakan..!


yang PASTINYA, ada sesuatu yang selalu KITA ingatkan pada org, TAPI, bila tiba masa KITA yang dicampakkan kedalam situasi itu................................................KITA rebahhhhhhhhh! jauh sekali hanyut................T_T

(apa2 yang kakak tulis ni adalah daripada kakak, untuk kakak..dan..............)

bilamana kita terUJI dalam fatrah UJIAN~ya, seperti segala 'ada' yg telah kakak senaraikan tadi, apa lagi yang kita 'ada'? cuba FIKIR dalam2..

..ada UJIAN yang LEBIh besar kita hadapi!
-dalam penantian kita thadap hari menjawab soalan2 exam,
-dalam masa2 yang kita rasakan pendek utk ulang kaji..
-dalam aktiviti2 seharian kita yg semakin serabut kita rasakan dek kerana ujian yg bakal menjelma

..KITA ada RASA BERAT, RASA SUSAH, RASA KELAT, RASA TERUJI utk SPEND secubit masa KITA dengan Dia Pemilik SEGALA natijah kemenangan, kejayaan hambaNya seantero alam! SEGALANYA di tangan Dia, atas kekuasaanNya, atas kehendakNya! Dia, tempat rujuknya kita setelah lelah dan kesempitan, tapi hanya untuk sebuah kemenangan individual duniawi yg kecil, kenapa masih teragak2 utk kita ELOCATEkan masa yang KHUSUS utk bermanja denganNya? utk mengingatiNya? utk memujiNya? utk meninggalkan segala urusan dunia dan hanya memacakkan jasad dan segala isi hati nurani utk Dia?

intabih ye! elocatekan masa dengan elocatekan masa yang khusus namapak macam sama, tapi serupa pun x..(apa2 la..tapi, conclusionnya ialah xsama!)


padahal kita sangat yakin, macamana sekali ghaknya kita mengerah otak, meminimumkan masa tidur kita utk study, KEPUTUSANNYA TELAH TERTULIS dalam kitabNya di atas sana! TAQDIR Allah tidak ada yang boleh berubah dan akan berubah..(mungkin sebelum ni ramai antara kita yang dengar, ada takdir yg boleh berubah ada yang x bleh berubah..)

dengan rendah hati, kakak menyeru (ceh ayat dia..=P)
YAKINLAH! tiada satu pun taqdir Allah yg boleh berubah! inilah bukti keagunganNya!
inilah fakta hakiki yang kita sendiri x tahu dan x beriman kalau x pergi daurah Ust Athif kat Tanta haritu..ngeh3..terima kasih Allah kerana memilih kakak!! huuuuu~~~nak bahaskan pasal taqdir ni, bukan kakak lah orangnya utk beritahu sedetail2nya ..nak tahu, tanya Ust Athif ye :))

"Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadahkepadaKu.
Aku tidak menghendaki rezeki sedikit pun dari mereka
dan Aku tidak menghendaki agar mereka memberi makan kepadaKu.
Sungguh Allah, Dialah pemberi rezeki
yang mempunyai kekuatan yang sangat kukuh!"
[surah azZaariyaat : 51-58]

Allah x nak pun mumtaz kakak, Allah x nak pun sijil kedoktoran kakak, Allah nak kakak beribadah kepada Dia!! that's why i'm here! in this worldly word~fuuuuuuuuuhh! inilah sebab kakak diciptakan..UNTUK BERIBADAH kepada Allah! ..dan Allah sambung apa lagi? Allah kata, REZEKI tu DIA YANG BERI!

(ops...! abistu belajar tu bukan ibadah ke? mumtaz kerana Islam tu bukan ibadah ke? jadi muslim yang doctor tu bukan ibadah..?)..nanti, nanti dulu cik oii!
..ok, MEMANG BETUL SANGAT hujah2 anda tu ye cik....TAPI, kalau betul belajar anda Ibadah keranaNya, mumtaz anda untuk ummah, dan sijil kedoktoran anda utk dakwah ni, PASTIkan MESTIkan WAJIBkan anda ada masa KHUSUS dalam perjalanan meniniti impian2 anda tu !


-tidak mengabaikan tahajjud dan qiamullail anda dengan package tilawah siap!
-tidak teragak2 utk mebaca ma'thurat kubra pagi dan petang
-tidak terfikir2 utk tadabur berapa banyak muka surat hari 'itu'
-tidak tertangguh2 utk melakukan kerja2 amal-mencuci pinggan dapur yang kian bertimbun, mengemas bilik, melipat baju ahli bait yg juga nak exam..melaksanakan tugasan rumah seihsannya
-tidak bermasam2 muka dengan ahli bait khususnya, malah cuba menyenyumkan mereka yang masam..
-dll..

..dan BANYAK lagi wahai cik anda! wahai cik Taqi oiiiiii!..MUHASABAH lah! BERUBAHLAH demi tujuan IBADAH dan KHALIFAH kau di adakan dimuka bumi ni!


Monday, November 7, 2011

i love u TOO!!




Bismillahirrahmanirrahim :)


..bila berbicara tentang CINTA tak bisa sekali diasingkan topiknya dengan cerita tentang PENGORBANAN~huh! CINTA dan PENGORBANAN tu umpama kembar siam la bak kata 'dia' =P

bukan kakak orang yang PALING layak utk berbicara tentang PENGORBANAN Nabi Ibrahim a.s..yeah, sinonimnya bila Hari Raya Korban ni, tazkirah tentang PENGORABANAN Nabi Ibrahim a.s dan anaknya Ismail a.s bukan perkara luar biasa, sering sahaja di ulang2, yelah, namanya pun TAZKIRAH bukan?

(monolog dalaman)
..tapi, betullah, selagi BELUM berkorban, siapa engkau nak bercakap tentang PENGORBANAN? bukan kau! bukan!

pengorbanan Baginda bukan pengorbanan biasa, paksinya CINTA! ya, hanya kerana CINTA!
dan inilah cerita CINTA sejati, bukan CINTA biasa!!

SEMUA org tahu (insya Allah) bila bercakap tentang membayangkan perasaan seorang ayah tua yang telah lama menanti kelahiran cahaya hati, dan dalam penantian yang hampir mengecewakan itu, Baginda di arahkan utk berkahwin seorang lagi isteri..Alhamdulillah, Hajar terpilih utk melahirkan cahaya mata yang diharapkan menjadi waris kepada perjuangan suci ini :)))

tapi, siapa Baginda utk membantah perintah Yang Maha Kuasa agar ditinggalkan anak yang masih merah bersama isteri di sebuah tanah kontang (Hijjaz, hari ini) tanpa air, tanpa makanan, gersang, yang mungkin menjadi highway binatang2 buas..bumi kontang yang x pernah diinjak manusia? tidakkah gila?! tapi, gilakah kalau itu wahyu dari yang Esa? Yang jauh mengerti, tanpa kita sendiri mengetahui..Allahu Robbi!

buat kali keDUA setelah terpisah bertahun lamanya, diberi peluang bertemu anak tercinta Ismail, dan tika itu, sekali lagi Yang di atas sana meminta, meminta agar kali ini Baginda benar2 membuktikan cintanya pada Dia,! meletakkan mahar cinta ini pada puncak tertinngi disisNya! iaitu..menyembelih anak sendiri!

[asSaffat : 102-110]
dan betapa taatnya Ismail, tanpa geleng tanpa kelu lidahnya tegas berbicara : "Wahai ayahku, lakukanlah apa yg di perintahkan (Allah) kepadamu..)
hanya kerana tegar dengan sebuah CINTA..CINTA kepada Ilah Tuhan Alam semesta!.. paksi segala CINTA! inilah CINTA hakiki~~~

atas segala rintangan, nah! itu dia yang melayakkan Ibrahim a.s digelar 'KHALILULLAH' (kekasih Allah-pendamping Allah) setiap penjuru jasad, ruh dan akalnya telah diperah sehabisnya bagi membuktikan cinta kepada Pemilik CINTA!

tiap kali diajak berbicara oleh Pemilik Cinta Agung, panggilan 'Wahai KekasihKU (Allah)' membelai jiwa..Allah~~~tiada yang lebih Agung dari balasan CINTA Yang Maha Agung! ALLAHU AKBAR!



SAMPAI KE TAHAP ITU HARUS KITA BUKTIKAN CINTA KITA KEPADA DIA!
..ya! sampai ke tahap itu! sampai CINTA ini DIBALAS oleh DIA!!!

SEDARLAH WAHAI DIRI YANG HINA!
..nikmat yang selama ni kau kecapi, BUKAN SAMA SEKALI bukti Allah BALAS CINTAMU! kerana, tidak dinafikan, Dia, MEMANG Yang Maha Penyayang, Maha Memberi, Maha Memiliki segalanya!! tapi itu bukanlah NOKTAH AKHIR bahawa CINTA MU telah berBALAS! kerana nikmat yang baaaanyak ini bukan utk kau SEORANG sahaja, tetapi ada juga pada infinity manusia seangkatan denganmu, bahkan yang ingkar padaNya pun tersenarai dlm penghuni lautan nikmat ini!

bagaimana hendak dibalas, sedangkan kau belum pernah pun berkorban membuktikan cintamu padaNya?!! belum walau sedikit! kalaupun sudah, mungkin sedikit sangat!! SANGAT (titik noktah) jangan BERANI kata kau telah berkorban sehingga ke puncaknya sehingga kau benar2 yakin, bahawa cintamu telah berbalas! itulah HAKIKAT CINTA!


..sampai Allah kata " I love you TOO! (Aku pun cinta padamu, wahai hambaKu!)