Saturday, February 25, 2012

muslim FIRST!

Bismillahirrahmanirrahim :)


..baru lepas lipat 'BBJ' -baju balik jaulah- heee~
petang tadi sapu bilik..lalala..

"aku ni Daie, jadi aku mesti MUMTAZ dlm semua aspek hidupku, dr sekecil2 perkara hingga sebesar2 perkara, baju mesti settle, bilik mesti kemas, mesti rajin senyum, jaga mutabaah amal, langsaikan wajibaat kerana itu amanah, jaga ukhuwwah..bla2"

tiba2..teringat satu sharing session dgn sisters di sana..

" kita buat baik bukan sebab kita ni Daie-ilallah (org yg menyeru kpd Allah), tapi sebab kita ni MUSLIM! Muslim itu sifatnya naturally baik, akhlaknya mulia, kata2nya lembut dan bebas dari dosa, tingkah lakunya tenang..kerana, itulah yang Islam AJAR kpd mereka, kepada KITA!..

we are MUSLIM FIRST, before we become Daie!


jgn buat kerana kita adalah Daie-supaya mereka d sekeliling kita suka dgn kebaikan kita dan terjerat utk mendengar apa yg ingin kita sampaikan..
..tp buatlah kerana kita adalah Muslim..buat kerana itu yg Islam tuntun dlm jiwa kita..sebab pada akhirnya kita bisa kecundang dan beku (fake) dgn amal2 kita yg bukan lahir dari jiwa kita yg semula jadi baik dan suka melakukan kebaikan..buatlah kerana itulah yg Islam ajarkan, yg Allah ajarkan dan semestinya yg Allah suka bila kita melakukannya"

..sebab itulah Imam Hassan Al Banna menyusun 10 muwassofat tarbiyyah utk membina seorg Individu MUSLIM, kerana daripada seorg fulled-timer MUSLIM lahirlah seorg Daie yg semula jadi memiliki 10 ciri muwassofat tarbiyyah dan menjadi Qudwah Hasanah :)


1. Aqidah yg sejahtera
2. Ibadah yg benar
3. Akhlak yg mantap
4. Sihat tubuh badan
5. Melawan nafsu
6. Tersusun urusannya
7. Menjaga waktu
8. Luas pengetahuan
9. Mampu berdikari
10. Bermanfaat kepada org lain

***so, lepas ni boleh la tukar niat awal2 sebab apa buat baik kan kakak? sebab kakak adalah seorg MUSLIM!

Friday, February 24, 2012

..aku dan kesilpanku~

Bismillahirrahmanirrahim :)

Subhanallah..lama SANGAT kakak tinggalkan blog ni..sibukkah? bukan kakak lah org paling layak utk mengaku sibuk, tapi mungkin perlu lebih pandai membahagikan masa dan menggunakan masa sebaiknya utk amal yg terbaik!

macam2 perasaan yang bergolak dalam hati saat ni..selepas bertemu dgn mereka..mendengar-mendengar-mendengar..dan sekali sekala menguatkan otot2 muka utk mengukir senyuman manis, tapi kakak tahu..ia tetap hambar..


kakak punya cerita, walaupun tidak seindah cerita mereka..tapi, itulah cerita kakak..


teringat pada satu masa, yg hanya Dia tahu, betapa detik yang Dia aturkan itu SANGAT bermakna buat kakak..dan kakak SANGAT menghargainya~terima kasih Ya Allah, untuk masa yang terlalu singkat itu! kakak SANGAT yakin, itu bukan kebetulan..sekali-kali tidak!

bertemu dengan insan yang berjaya membelai jiwa lelah ini..

" Taqi, menjadi ........ kita akan sentiasa buat salah, dan mungkin kitalah org yang PALING banyak buat salah! tapi, itulah yang terbaik yang Dia tetapkan utk kita..dan kita, berusaha dan berusah utk rela terjatuh biarlah beribu kali pun, supaya generasi selepas kita belajar dari kesilapan kita, kita x nak mereka ulang salah silap laku kita..tindakan dan keputusan kita..kita x nak! biarlah mereka jadi lebih lebih lebih baik daripada kita! agar Dakawah ini terpelihara, mekar subur dan terus bercambah..kita rela sakit, rela luka dan parah kerana kesilapan kita sendiri..supaya generasi-generasi selepas kita merasa manisnya Islam tu kerana suburnya dakwah hasil bangkit dari jatuh kita yg lalu.."



air mata berderu2 mengalir..x tertahan..deras dalam sedu!
kakak tunduk..melihat kerikil jalanan..rumput2 yang tumbuh meghijau..Allahu Rabbi!!! syahdunyaaaaaaaaa!

" Taqi tahukan cerita perang Uhud?"
..angguk..tapi masih enggan mahu berbicara..

"..SEBELUM perang Uhud, ketika majlis syura bersidang, Rasulullah bersabda : Demi Allah! Sesunggunya aku telah bmimpi sesuatu yang baik, daku melihat seekor lembu jantan disembelih, mata pedangku sumbing dan aku memasukkan kedua tanganku ke dalam baju besi..Baginda mentafsirkan mimpi lembu jantan sbg bbrp org sahabatnya terbunuh, pedang sumbing sebagai seorg keluarganya terbunuh (Hamzah r.a) dan baju besi sebagai 'MADINAH'..

kemudian Baginda mengemukakan cadangan Baginda kpd majlis syura yg terdiri daripada para sahabat utk TIDAK KELUAR ARI MADINAH, malah mereka wajar mempertahankan Madinah..

Namun, sekumpulan para sahabat yang tidak menyertai perang Badar telah meminta Rasulullah s.a.w utk mereka keluar berperang di luar Madinah, dan mereka beriya2 utk keluar, dan ada yg berkata, " Allah telah pun mbawa hari itu utk kami, d mana pjalanannya x jauh dr sini, Ayuh! keluarlah wahai Rasulullah, utk bsemuka dgn musuh Allah n jgn biarkan mereka melihat kita sbg org2 yg pengecut!"

..dan org yg mengepalai mereka ialah bapa saudara Baginda, Hamzah bin Abdul Mutallib..
maka majlis syura pun akhirnay mendapat kata putus utk kaum muslimin keluar dr kota Madinah..perang.......................................dan akhiranya ditakdirkan keputusan perang, kaum muslimin literally KALAH (walaupun kita sebenarnya x kalah, sebab kaum musyrikin x dapat pun apa yg depa nak) but still, kita menanggung kehilangan dan kecederaan yang parah, sehinggakan Rasulullah sendiri cedera teruk!.."

kakak senyap..hanya mendengar, dan sekali sekali cuba menahan sendu..


"kesilapan yg tentera Uhud amnya lakukan dalam membuat keputusan-membidas pandangan Rasulullah s.a.w pada awalnya, kegagalan mereka utk teguh berdiri di tempat masing2 dan keberpalingan mereka daripada terus taat pada arahan Rasul Allah ketika perang..bukankah itu semua yg telah Allah aturkan buat kaum muslimin? apakah itu semua direncanakan tanpa ada hikmah yg Dia kepilkan bersama? TIDAK! semua itu bukan satu kebetulan!

ya, memang mereka telah melakukan kesilapan, kesilapan yang besar! yang menggugat Rasul Allah jasadnya walhal segenap perasaan Baginda sebagai amir pada ketika itu..
namun, segala beban kesedihan yang ditanggung Baginda dan seluruh kaum muslimin pada ketika itu ada hikmahnya! ada yang ingin Allah ajarkan utk mereka, bahkan kaum muslimin selepas mereka, bahkan utk kita, utk KAKAK..

sehingga hari ini, ayat2 Allah masih kekal termaktub dalam kitab suciNya AQ tntg kisah bersejarah Uhud ini..kisah kesilapan tentera Uhud ini!
60 ayat drpd surah Ali Imran diturunkan khusus utk memperkatakan kisah penuh hikmah ini..
( Ali Ilmran : 121-179)

maka, apakah Allah silap dalam aturannya?
apakah kesilapan ini menjadi titil noktah utk coretan sejarah dakwah Rasulullah s.a.w dan kaum muslimin pada zaman itu?

...

Taqi, apa yg Dia aturkan, adalah untuk Taqi, yg terbaik buat Taqi, dan Dakwah ini..insya Allah!
belajarlah daripada kesilapan, jangan terus tenggelam dalam kesedihan dek kesilapan yg telah dilakukan..bangkit!"


jazakillah ukhti fillah..semoga kita bertemu di Jannah dalam keadaan paling mulia disisi Allah!



doakan kakak terus kuat dan thabat ye ukhti sayang~~~